setting

DrSL Research Student: Kolokium Penyelidikan (Siri 6)

Kolokium Penyelidikan (Siri 6)

Salam 1 Malaysia,

Kolokium Penyelidikan kali melibatkan semua rakan-rakan sebagai pembentang kecuali Zul (sebab dia malas sebenarnya..). Kolokium kali ini, Puan Lizawati merangkap buah hati dan intan payung penyelia kami iaitu Dr Shahizan (pewwwittt!!) tidak hadir kerana memerlukan ruang dan fokus yang tinggi untuk melakukan kerja beliau. Kolokium dimulakan dengan pembentangan Puan Shamsiah kita yang menerangkan tentang kertas kerja terbaru beliau yang telah pun dihantar di Jurnal Pendidikan Malaysia UKM. Buat pengetahuan semua yeh, ini adalah kali pertama Puan Shamsiah kita membentangkan kertas kerja beliau setelah bergelar PUAN hehe... Untuk pengetahuan anda semua lagi yeh, walaupun beliau sibuk menguruskan rumah tangga, namun... beliau masih mampu menyiapkan kertas kerja (tabik spring lah akak). Harap kita semua dapatlah menyiapkan kertas kerja kita juga terutama kepada geng GIS dan Ontologi. Penat sudah kami melihat pembentangan kamu semua tentang kertas kerja. (barulah aku paham perasaan korang bila kena tengok aku present Defend Proposal aku tiap-tiap minggu ek..)

Kemudian, tiba pula giliran  Shariff (aka Wak Shariff Wak Radol) yang sepatutnya membentangkan tentang kertas kerja yang baru sahaja beliau bentangkan di seminar IEEE. Tetapi, (tahulah shariff kan....) dia dengan semangat yang "membara dan jitu" (dengan kata lain poyo...) mempertontonkan pada kami semua gambar-gambar beliau sewaktu berada di seminar tersebut. Apa-apa pun seronok sangat tengok dia bercerita. Seronok betul!!. (sambil membuat aksi sentap Oh Yeah!). Anyway, tahniah kepada beliau yang telah berjaya ke seminar antara bangsa dan membentang dengan baik. Harap ini menjadikan semangat kepada kita semua untuk mengikut jejak langkah beliau untuk pergi ke seminar antara bangsa okay.


Seterusnya, acara diteruskan dengan pembentangan dari geng GIS iaitu Wani, Anis, dan Iffah. Seperti biasa lah mereka membentangkan kertas kerja mereka yang semakin baik... (yeker? hehe...). Banyak komen yang diberikan oleh penyelia kami iaitu Dr Shahizan da En. Hafiz. Jangan risau... kertas kerja pertama memang paling susah. Progress kamu semua sudah bertambah tu. Kagum tengok (ikhlas ni dari hati yang sihat...). Mungkin ada pembetulan lagi sedikit, dan lepas ni boleh hantar ke mana-mana jurnal atau conference okay.


Disebabkan Dr Shahizan ada hal, jadi kolokium diberhentikan dan kami meluangkan masa dengan acara makan yang ditaja oleh duit geran dengan makanan yang mewah iaitu nasi beriyani Shahab. Makan free memang sedap kan kawan-kawan... Selepas Dr Shahizan kembali semula, tibalah giliran geng Ontologi iaitu Ema dan Shaf membentangkan kertas kerja mereka. Bentang macam tak bentang ek mereka nih. Tak perasan pun korang sudah habis membentang kerana masing-masing sibuk menikmati minuman dan membuat kerja masing-masing (yeker?... bagusss... hehe...).


Berakhirlah sudah kolokium siri 6 kita pada hari itu yang diadakan pada 05/04/2011. Semoga kita berkumpul lagi untuk kolokium terkahir kita untuk semester ini. Tarikh dan tempat akan diberitahu apabila tiba masanya yang sesuai. Sehingga itu, salam penyelidikan dari saya... hehe (1st time mengarang kat blog nih...)


-zuLjaMeL-

No comments:

Post a Comment

Copyright © DrSL Research Student Urang-kurai