setting

DrSL Research Student: Tahniah..

Tahniah..

Assalamua'laikum semua,
Sudah bertahun blog tidak dikemas kini. Tetapi ini tidak bermaksud group research tidak aktif.
Malah, ramai telah lulus viva dengan jayanya. Entri ini ingin mengucapkan tahniah terutama kepada mereka yang telah berjaya menghabiskan pengajian dan lulus viva. Tahniah! kepada (tidak mengikut turutan):
-Anis
-Shaf
-Ema
-Wani
-Iffa
-Zul
-Shariff

Tahniah juga diucapkan kepada Tuan Penyelia, Dr Shahizan kerana menyandang jawatan IT Manager di SPS tahun lalu? dan mendapat sebuah office yang nyaman dan pembantu yang ramai dan berdedikasi. :D

Tahniah juga diucapkan kepada Puan Lizawati dan Shaffika, kerana telah berbadan dua. Semoga sihat selalu!

Dan tidak terlambat untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Waleed dan Mahdi kerana menyambung Phd.

Diharap, bulan dan tahun mendatang kita semua dimurahkan rezeki dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Pengkaji akan berusaha mengemaskini entri untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat terutama dalam bidang kajian.

Sempena menyambut Ramadhan tidak lama lagi, selamat berpuasa semua!

"No one can go back and make a brand new start, however anyone can start from now and make a brand new ending."


No comments:

Post a Comment

Copyright © DrSL Research Student Urang-kurai