Buat pengetahuan semua, blog ini merupakan blog bagi pelajar-pelajar Research di bawah seliaan Dr. Mohd. Shahizan Othman dan Puan Lizawati Mi Yusof. Sebagai first entry untuk blog ini, pertama sekali diucapkan "TAHNIAH" kepada 5 research student baru yang selamat mendaftarkan diri pada 10 Januari 2011 yang lepas. Mereka yang comel dan cute ini, di admire oleh si Sharif..kehkehkeh
Ni la penyelia kami, Dr Shahizan dan isterinya, Puan Lizawati..
5 pelajar manis yang baru daftar master ni semuanya bekas pelajar FSKSM, UTM sendiri iaitu, jengjengjeng....
Fatimatufaridah Binti Jusoh, IC dirahsiakan..haha..seorang yang tak boleh tinggal loghat Terengganunya..
Nurul Iffah Binti Mohd Zukepli, seorang yang kecil molek, Sharif punye "adik manis", yang kehilangan 17 helai baju (Sharif suruh tulis..=p )
Dan last.....
Anis Fadhilah Binti Hassan, yang selalu cari gaduh dengan Sharif sebab asyik buka tingkap kat bilik..Kita kan kena kasi bilik tu "cerah" sikit..haha
Kami sebagai "orang" baru, dalam dunia "baru" ni, mengharapkan nasihat dan tunjuk ajar dari senior-senior dan juga penyelia dalam mengharungi hari-hari seterusnya. Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekiranya dari pihak kami terdapat kekurangan contohnya, susah nak faham, blur and etc kerana kami sedang cuba untuk adapt situasi baru ini dalam hidup..kehkehkeh
eh, tak sah pulak kalau tak show gambar-gambar senior, nanti kang kecik hati, tak dapat bunga dengan teddy bear masa konvo nanti..haha..so, dipersilakan..........
tengtengteng...
Ni adalah Nur Shamsiah Binti Abd Rahman, yang merupakan PhD student, sedang berdebar-debar untuk diijabkabulkan 12 Mac nanti, InsyaAllah..Semoga dipermudahkan segala urusan, Kak Sham!
Ni pulak, akak comel Zulfadhlina Binti Jamel..Seorang yang memang khusyuk buat kerja dan suka download movie, kan kak??haha
Haaa.....yang last ni, "penyeri" kami la, "Si Hitam Manis", Mohammed Shariff Bin Bashir Ghouse..Bak kata Dr. Shahizan dan Puan Lizawati..haha..Memang penyeri pun mamat ni, asyik dok buat lawak je kerjanya..Tapi kalau takde dia, suram la sikit kot..haha
Ok la, first entry ni sekadar nak memperkenalkan warga baru dan warga lama group research ini..Semoga kita akan dapat sama-sama membantu antara satu sama lain, InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment