Pages

Thursday, December 15, 2011

Kolokium 5/2011

25/11/11
Maaf, kerana post ini agak lambat.
kolokium diadakan seperti biasa hari Jumaat dengan tujuan utama untuk melihat persediaan ahli pengkaji yang akan mempertahankan kajian mereka.
Oleh kerana sudah sekian lama, info lanjutnya juga sudah hilang dari ingatan. Maaf ye,

Apa pun, gambar-gambar masih disimpan:
(maaf ye kalau gambar lain tiada)




"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... "

Sumber dari: http://kfwqud.blogspot.com/2010/10/kata-kata-hikmah-dan-nasihat.html

Thursday, November 3, 2011

Kolokium 4/2011






Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 tetapi masih ada kekurangan dalam makmal ini.
Makanan (mee hoon, teh o dan karipap:ditaja oleh penaja, diimport dari Tmn U) yang paling awal sampai dan mereka sudah kesejukan.
Antara yang hadir dalam kolokium ini adalah tuan penyelia-Dr. Shahizan, Prof Mohammad Ishak Desa (supervisor kak uin), Kak Uin, Dewi, Arda, Shaffika and Deera.

Ya, kali ini nampaknya kolokium khas untuk pembentangan ahli pengkaji: Kak Uin...yea, (clap2)..
kerana ahi pengkaji yang lain sedang melakukan kajian diluar kawasan tapak. Pembentangan bermula lebih kurang pukul 9.30am dan berakhir dengan makan2 (sambil berbincang) pada pukul lebih kurang pukul 11.30am..

Tidak lama kemudian hadir Mahadir dan rakannya pula (khas jemputan tuan penyelia) untuk membantu menghabiskan makanan..

Sekian, terime kasih..Selamat Hari Raya Aidiladha...

My favourite quote:
"I love to learn. and I love to be surrounded by people who love to learn"
-Bill Gates

Sunday, October 9, 2011

Siri baru sesi 2011/2012

Seperti biasa, kita terima lagi pelajar baru semester 1. Kali ini dua pelajar Master:
Shaffika Mohd Suhaimi
Nadirah Mohamad

Dan juga kita bisa bertemu dua pelajar Phd:
Dewi Octaviani
Arda Aldoe

Tak lupe pelajar semester 2 Master: Kak Uin- Mazuin Yusof

Diharap kehadiran mereka dapat memperkayakan lagi perbincangan ilmiah dalam menjayakan budaya penyelidikan di universiti. Semoge kita dapat bertukar pendapat dan berkongsi idea untuk manfaat setiap penyelidikan. Disamping sokongan tunjuk ajar dan moral daripada sifu (supervisor), senior juga sangat membantu.

Sekian, Bonne chance!

"Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya."-Sayidina Ali KaramallahuWajha

Friday, October 7, 2011

Kolokium 3/2011

Ok, Assalamualaikum. Bonjour! 

Sesungguhnya kolokium berlangsung pada penghulu hari iaitu hari Jumaat.
Maka bermulalah ahli-ahli pengkaji membentangkan dapatan mereka. Kali ini kita dengar pula suara orang yang berpengalaman dalam industri manufacturing pula membentangkan idea nya.
Dipersilakan Kak Uin...(clap2)

Disambung pula selepas itu.. oleh orang seberang Kalimantan yang sudah menyeberang ke sini..
Dewi dan Arda-yang berminat tentang e-learning.
Kemudian, masih lagi e-learning menjadi tajuk hangat, pembentang seterusnya, Shaffika dan Nadira.

Semua ahli pengkaji yang hadir khusyuk mengambil catatan kerana mungkin boleh digunakan bagi memantapkan kajian mereka. Tuan penyelia yang begitu sabar mendengar juga tidak putus-putus memberikan saranan bagi penambah baikan.

Ruang pembentangan kali ini dipenuhi oleh ahli-ahli pengkaji yang bersemangat iaitu:
Tuan penyelia sendiri,
Kak Uin, Kak Sham, Kak Zul, Ima, Shaf, Arda, Dewi, Shieka dan Deera.
Tidak lupa seorang lagi pemuda selain Arda, iaitu Sharif yang khusyuk disuatu sudut sambil mengerak-gerakkan 'mouse' nye.

Sekian,

"Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu."-pantun lama

Friday, September 30, 2011

Kolokium 2/2011

Ruang sudah dipenuhi oleh ahli-ahli, kelihatan: Kak Sham,  Shaf, Iffa, Wani, Ima, Dewi, Arda, Shieka, Deera, Kak Zul dan Dr Shahizan...duduk merenung antara satu sama lain,

Pn Pengerusi: Kak Sham memberi mukadimah...
Diikuti ucapan tuan pengetua Dr Shahizan
-banyak nasihat dan saranan yang diberikan Dr untuk kebaikan semua ahli.

Diteruskan dengan pembentangan Pn Pengerusi, berkenaan 'social learning'.
Disambung sesi pembentangan oleh pasukan yang 'macam serupa tapi berbeza'-wani & iffa

Selepas itu, Tuan penyelia sekali lagi memberi kata dua sebagai pemantapan jiwa sempena bermulanya semester baru yang tak berapa baru ni..

Jam telefon bimbit menunjukkan pukul 11.20 pagi.
Ahli-ahli pengkaji mula meninggalkan bilik perbincangan....
(Riuh rendah berbincang tentang makan tengah hari)

Baiklah, Bacalah dengan hati...


"kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang; sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya segera dilupakan..."-Dr 'aidh bin abdullah al-qarni


Sekian,

Thursday, September 22, 2011

Kolokium 1/2011

Kolokium pertama bagi sesi September/Oktober 2011.

Kali pertama ini dimulakan dengan ahli pengkaji yang akan mempertahankan rancangan penyelidikan mereka.
Iaitu Shaf dan Ima.
Kolokium kali ini agak singkat masa yang diambil dan yang hadir adalah:
Para pengkaji yang membentang (shaf dan ima), Kak Zul, Arda, Dewi, Shieka dan Deera


Sekian,

"Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati."-Saidina Ali AbuTalib

Sunday, April 17, 2011

selamat ulang tahun kelahiran Mr. Penyelia Kami (woooo wooooot)

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi, Mr.Penyelia Kami :-  Dr. Shahizan, selamat bertambah umur pada 15 Februari 2011....diulang semula, pada 15 Februari 2011 (yayyy!tau-tau....entry ni lambat di post...sorry ;p )
Dengan bertambahnya umur beliau, semoga kehidupan beliau  dan keluarga beliau sentiasa diberkati Allah swt....amin...

Majlis meraikan hari kelahiran Dr. Shahizan telah berlangsung di rumah beliau pada petang tersebut. Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Liza selaku perancang utama majlis kejutan befday suaminya...sweeeeettt woooo.... (;  Majlis kejutan tersebut bukan sahaja dihadiri oleh DrSL group dan keluarga Dr, tetapi turut diporak-perandakan oleh pelajar-pelajar PSM dibawah seliaan Dr.Shahizan. Makanan yang dihidangkan pada majlis tersebut sangat yummy....dan paling penting!paling penting!kek befday Dr. sangat sedap!


Semoga sambutan kelahiran Dr.Shahizan tahun depan,kita dapat sambut di SEOUL GARDEN kaeyh Dr. Nanti untuk next befday Dr, kita pergi time office hour (2-4pm) dapat murah sikit...sila penuhi impian anak-anak research Dr ya T.T '....Untuk mengakhiri entry kali ini, ribuan terima kasih kepada Dr.Shahizan dan Puan Liza sekeluarga kerana telah menjemput kami sekaligus dapat makan free...semoga Dr sekeluarga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa...amin

                          HAPPY  belated BIRTHDAY DR SHAHIZAN!!!

Monday, April 11, 2011

Kolokium Penyelidikan (Siri 6)

Salam 1 Malaysia,

Kolokium Penyelidikan kali melibatkan semua rakan-rakan sebagai pembentang kecuali Zul (sebab dia malas sebenarnya..). Kolokium kali ini, Puan Lizawati merangkap buah hati dan intan payung penyelia kami iaitu Dr Shahizan (pewwwittt!!) tidak hadir kerana memerlukan ruang dan fokus yang tinggi untuk melakukan kerja beliau. Kolokium dimulakan dengan pembentangan Puan Shamsiah kita yang menerangkan tentang kertas kerja terbaru beliau yang telah pun dihantar di Jurnal Pendidikan Malaysia UKM. Buat pengetahuan semua yeh, ini adalah kali pertama Puan Shamsiah kita membentangkan kertas kerja beliau setelah bergelar PUAN hehe... Untuk pengetahuan anda semua lagi yeh, walaupun beliau sibuk menguruskan rumah tangga, namun... beliau masih mampu menyiapkan kertas kerja (tabik spring lah akak). Harap kita semua dapatlah menyiapkan kertas kerja kita juga terutama kepada geng GIS dan Ontologi. Penat sudah kami melihat pembentangan kamu semua tentang kertas kerja. (barulah aku paham perasaan korang bila kena tengok aku present Defend Proposal aku tiap-tiap minggu ek..)

Kemudian, tiba pula giliran  Shariff (aka Wak Shariff Wak Radol) yang sepatutnya membentangkan tentang kertas kerja yang baru sahaja beliau bentangkan di seminar IEEE. Tetapi, (tahulah shariff kan....) dia dengan semangat yang "membara dan jitu" (dengan kata lain poyo...) mempertontonkan pada kami semua gambar-gambar beliau sewaktu berada di seminar tersebut. Apa-apa pun seronok sangat tengok dia bercerita. Seronok betul!!. (sambil membuat aksi sentap Oh Yeah!). Anyway, tahniah kepada beliau yang telah berjaya ke seminar antara bangsa dan membentang dengan baik. Harap ini menjadikan semangat kepada kita semua untuk mengikut jejak langkah beliau untuk pergi ke seminar antara bangsa okay.


Seterusnya, acara diteruskan dengan pembentangan dari geng GIS iaitu Wani, Anis, dan Iffah. Seperti biasa lah mereka membentangkan kertas kerja mereka yang semakin baik... (yeker? hehe...). Banyak komen yang diberikan oleh penyelia kami iaitu Dr Shahizan da En. Hafiz. Jangan risau... kertas kerja pertama memang paling susah. Progress kamu semua sudah bertambah tu. Kagum tengok (ikhlas ni dari hati yang sihat...). Mungkin ada pembetulan lagi sedikit, dan lepas ni boleh hantar ke mana-mana jurnal atau conference okay.


Disebabkan Dr Shahizan ada hal, jadi kolokium diberhentikan dan kami meluangkan masa dengan acara makan yang ditaja oleh duit geran dengan makanan yang mewah iaitu nasi beriyani Shahab. Makan free memang sedap kan kawan-kawan... Selepas Dr Shahizan kembali semula, tibalah giliran geng Ontologi iaitu Ema dan Shaf membentangkan kertas kerja mereka. Bentang macam tak bentang ek mereka nih. Tak perasan pun korang sudah habis membentang kerana masing-masing sibuk menikmati minuman dan membuat kerja masing-masing (yeker?... bagusss... hehe...).


Berakhirlah sudah kolokium siri 6 kita pada hari itu yang diadakan pada 05/04/2011. Semoga kita berkumpul lagi untuk kolokium terkahir kita untuk semester ini. Tarikh dan tempat akan diberitahu apabila tiba masanya yang sesuai. Sehingga itu, salam penyelidikan dari saya... hehe (1st time mengarang kat blog nih...)


-zuLjaMeL-

Kolokium Penyelidikan (Siri 5)


Hai hai hai...salam semua..bertemu lagi kita semua dalam Kolokium Penyelidikan bagi sesi yang ke-5. Kolokium ini telahpun berjaya dijalankan pada 22 Mac 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Sistem Maklumat, FSKSM UTM...Hurmmm nampaknya tempat tidak pernah berubah sejak Kolokium Siri 1 lagi.. (",) hehehehe....

Seperti biasa, setiap kali Kolokium dijalankan, aktiviti pembentangan pasti tidak akan ditinggalkan. Untuk Kolokium kali ni, kumpulan GIS (Wani, Iffah dan Anis) dan Ontologi (Shaf dan Ema) membentangkan hasil kerja masing-masing. Seronok betul kumpulan GIS dan Ontologi ni...maklum lah, mereka bekerja dalam kumpulan. Dapat buat research sama2....Happy sama2, sedih pun sama2.. dan yang paling BEST ialah stress sama2..hahahahaha...kalau kena marah dek penyelia, takde la terasa sangat sebab tu kan hasil kerja yang dibuat bersama-sama...ye ke idok???hehehehehe...

Membebel memang sodap! Sampai tak ingat nak story cerita yang sebenar...(",) Jom kita ZOOM sama gambar-gambar yang sempat di'snap' oleh fotographer yang terpilih untuk kali ini..hehehehe...seperti biasa, gambar sure banyak yang BLUR...hahahahahahaha....cuma gambar-gambar yang terbaik sahaja terpilih untuk dikongsikan disini...

Masing-masing kusyuk bebenor mengadap lappy masing-masing sementara menunggu kolokium bermula.

 Kolokium bermula...

Sesi pembentangan oleh Iffah sebagai wakil daripada kumpulan GIS.

 Dr Shahizan kusyuk mendengar pembentangan sambil mencari kesalahan untuk dikritik..hehehehehehe

 Aksi terlampau dari Anis...hahahahaha...
kot iye pun kuih baulu tu sodap, makan memolek ye Anis. ;p

Las but not least... Sebelum kolokium berakhir, makan dulu sampai konyang...Amboi Zul, makan tak tengok kiri kanan ye...lapar sangat ke?hehehe...


Nota kaki: Selamat pengantin baru diucapkan kepada Nur Shamsiah binti Abdul Rahman kerana telah melangsungkan perkahwinan pada 12 Mac 2011 yang lalu. Semoga hubungan yang terbina bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Amin...

Saturday, March 5, 2011

Lawatan ke UGISP Sdn Bhd, Seri Kembangan

Salam semua..

Post kali ni nak share dengan korang semua tentang lawatan budak-budak master group 'GIS' ni ke sebuah syarikat yang terkenal(ceh saje je nak amek ati mana tau rezeki kami dapat keje kat sana lepas abes belaja ni..haha) iaitu Syarikat UGISP Sdn Bhd, Seri Kembangan, Selangor (bukan alamat penuh) pada hari yang penuh bersejarah, Jumaat bersamaan sori lupe la pulak tarikh die..huhu.Latar belakang pasal company ni kite story lain kali ye..bukan apa takut terpanjang pulak post kali ni..)

Lawatan yang dirancang baik pnyer ini disertai oleh penyelia-penyelia group 'GIS' iaitu Dr Shahizan dan En Md Hafiz dan dimeriahkan oleh kanak-kanak periang yang sangat suka bile tiba part berjalan sape lagi kalau bukan Anis, Iffah dan Wani..Kami bertiga bertolak dari UTM seawal pukul 7 pagi (bila time berjalan sanggup bangun awal ye) bersama co-supersivor kami. En Md Hafiz..Dr Shahizan dah sampai KL lagi awal dari kami kerana ada kerja yang perlu diselesaikan..So kira kami datang secara berasingan la.. Banyak nak dikongsikan pengalaman dan cerita menarik kami sepanjang perjalanan ke Seri Kembangan tapi kite skip la dulu ye sebab ade part lagi penting nak story..)

Kami selamat sampai di UGISP dalam pukul 10 (lebih kurang la kot) dan disambut dengan gembiranya oleh staf-staf mereka..Rasa sangat teruja la sikit sebab kunjungan kami kira dinanti-nantikan oleh mereka..haha..Okey kembali kepada part yang sangat penting..tujuan kunjungan kami ke sana bukan saja-saja nak makan angin tau tapi atas satu discussion yang melibatkan projek master kami dengan company mereka..kami juga diberi penerangan secara terperinci mengenai dunia 'GIS' yang terlalu baru dan asing bagi budak baru seperti kami..mereka juga menerangkan dengan penuh detail setiap tajuk master kami mengikut kehendak dan expectation di pihak mereka..sangat best bile mereka semua sangat sporting bile part nak melayan budak-budak yang sangat susah nak paham..hehe..sebab time tue banyak soalan yang kami ajukan kepada mereka pasal 'GIS'..mereka penuh sabar menjawab setiap soalan kami sehingga kami betul-betul paham dan menerima jawapan mereka dengan senyuman..seronok dan teruja dapat share ilmu dengan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing..

Hampir 2 jam kite semua berdiscus dengan penuh khusyuk dan serius, semua dah puas hati dengan penerangan yang diberikan dan kira kite boleh conclude perjumpaan ni 'success' la..hehe..balik utm budak-budak 'GIS' dah boleh mula research mereka dengan sedikit keyakinan..haha..then last sebelum bersurai kami dijamu dengan hidangan makanan tengahari yang menyelerakan dan sedap.. part makan yang paling bersemangat kot..)orang cakap rezeki jangan ditolak so kite makan je la dah ade orang nk belanja kan??yelah adat menjadi tuan rumah ni mesti la tau menghargai tetamu yang datang sebaik mungkin kan..hehe..sebelum berangkat pulang sempat la kami betukar-tukar contact number dengan mereka.. eh silap bukan kami tapi dieorang je yang bagi kad nama untuk senang di'contact' next time.. maklumlah kami xde pom kad nama personal nak dibagi..hahaha.dah ade contact number ni gunakan la sebaik yang mungkin ye kawan-kawan..ade masalah next time dah tau nak serbu cari sape..huhu..terbaik la punyer idea..)


Sampai sini je post untuk kali ni..serius ade banyak nak dikongsi tapi dah penat duk mengarang ayat.. ni kira baru separuh jalan cerita kami kat sana..kalau nak cerita semua boleh bikin satu movie penuh kot.. nanti korang bukan baca blog tapi layan movie dah pulak kat blog ni..hahaha.. Layan la dulu gambar-gambar menarik kami sapanjang kat sana..gambar ni sebagai bukti yang kami datang bukan saja-saja nak makan angin tapi atas nama kerja demi master kami..)ni yang paling jujur dari kami sangat best dapat pergi sana dan kenal dengan staf-staf sana..lagipun kebanyakan staf sana juga memang ex-student UTM jugak..huhu..so ape lagi sama-sama la duk rancak bercerita pasal UTM, master, kerja dsb..terima kasih yang tak terhinga buat penyelia-penyelia kami kerana sudi meluangkan masa untuk membawa kami ke UGISP..satu moment yang tak akan dilupakan sampai bile-bile kot..huhu..Sekian dulu coretan untuk siri lawatan ke Seri Kembangan versi penulis..) Wassalam

Kolokium Penyelidikan (Siri 3)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog..
Tibanya Kolokium kali ke-3 yang melibatkan kami semua untuk berkumpul seperti biasa di tempat yang sama tetapi kali ini timing die laen sikit ye..untuk kali ini diawalkan sedikit atas sebab-sebab yang tertentu..so hari tue semua dah tergesa-gesa nak berkumpul kat tempat biasa mana taknya kalau tiba-tiba waktu die berubah jadi terlalu awal la pulak..hehe..kalau tak semua tenang dan cool je..)

Dah jadi peraturan tetap setiap kolokium berlangsung maka akan ada barisan AJK yang bertanggungjawab untuk memikul tugas-tugas yang diamanahkan.. AJK yang dilantik tu pom antara kami-kami je..xde kena mengena dengan orang luar ye..huhu..Diperkenalkan barisan AJK yang bertugas pada minggu ini ialah:

Pengerusi: Shariff
Unit Dokumentasi: Wani
Makanan: Iffah dan Anis
Pembentang: Kak Sham, Kak Zul, Shaf dan Ema

Pembentang pertama dimulakan dengan senior kami, Kak Zul untuk membentangkan hasil kerja beliau kepada penyelia kami iaitu Dr Shahizan dan Puan Lizawati..tajuk yang dibentangkan ialah "The parallelization of artificial neural network for solving partial differential  equation on multicore platforms"..(akak kalau salah sori ye..hehe)


Kolokium diteruskan dengan gabungan pembentang dari Shaf dan Ema.. So, kolokium kali ini ada kelainan sikit kerana Shaf dan Ema ber'partner' untuk membentangkan hasil kerja mereka dengan berkongsi tajuk iaitu "Ontology"..Dan demi student mereka, co-supervisor untuk group ontology iaitu Dr Roliana juga sanggup meluangkan masa untuk melihat dan memberikan komen yang membina kepada mereka untuk masa akan datang..Dr Shahizan dan Puan Lizawati juga turut sama memberi komen kepada semua pembentang bagi nmeperkemaskan hasil kajian mereka.


Kini giliran Kak Sham iaitu super senior kami untuk berkongsi ilmu dalam mengaplikasikan penggunaan Endnotes sebagai salah satu medium untuk menyimpan sumber/bahan rujukan yang digunakan..satu proses pembelajaran yang sangat berguna untuk semua student research kerana ia salah satu cara yang memudahkan kita untuk menulis format rujukan..(Tq kak sham kerana bagi satu ilmu baru kepada kami).. So lepas ni semua dah boleh download dan instal Endnote kat laptop masing-masing ye.Tapi jangan install je tau  praktikkan sekali software tue ye..)

Last but not least, part yang paling tak sabar untuk dinanti-nantikan..jengjengjeng...semestinya melatak dengan penuh kekenyangan..hahaha..sape yang tolak kalau ada makan free kan??semua tak akan melepaskan peluang ini..Hidangan tengahari untuk kali ni sangat menyelerakan apatah lagi perut masing-masing dah kelaparan..huhu..so kita makan je la..)


Jumpa kolokium yang seterusnya dengan cerita yang lebih menarik kot..Insya'Allah..
Wassalam....














































Tuesday, February 8, 2011

Kolokium Penyelidikan (Siri 2)

8 Februari 2011...

Assalamualaikum semua...Seperti biasa, setiap 2 minggu hari selasa kita semua akan mengadakan kolokium untuk membentangkan perkembangan semasa dan membincangkan masalah yang timbul...Minggu ni kak sham dengan Dr Shahizan membentangkan perkembangan masing-masing...=)...

Ahli jawatan kuasa yang bertanggungjawab dalam kolokium kali ni ialah:

Pengerusi: Kak Zul...
Unit dokumentasi : Iffah
Makanan : Wani
Jurugambar: Shariff

Perbentang pertama ialah kak sham. Dengan tajuk "Aplikasi rangka kerja bagi rangkaian pembelajaran sosial dalam bidang marin dan oseanografi.." Jum kiter fokus kepada perbentangan kak sham...=)


Semua khusyuk mendengar kak sham membentang...go!!go!! kak sham..=)

Pembentang kedua dalam sesi kolokium kali ni ialah Dr Shahizan,iaitu penyelia kami sendiri.. Dr memberi sedikit taklimat mengenai cara-cara melakarkan "conceptual design".  Melalui  "conceptual design" kita dapat mengetahui aliran proses dari awal kajian sehingga ke peringkat akhir kajian. Melalui design ni, ia memudahkan pemahaman kami mengenai perjalanan master kami...
kusyuknya ema mendengar penerangan dari dr...hehehhehe

Last but not least, part yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang, iaitu makannnn.....hehehe..hari ini menu yang diorder oleh cik wani kita iaitu nasi putih + ayam masak merah +sayur goreng + pisang dan air sirap limau...sedapppp!!! hingga menjilat jari...alhamdulillah..semua kenyang..hati pun girang...=)



Moga kita berjumpa di kolukium seterusnya..Insya-allah...=)



Tuesday, January 18, 2011

Kolokium Penyelidikan (Siri 1)

Kolokium pertama! 18/1/2011

Kolokium pertama telah diadakan pada hari selasa bertarikh 18 Januari 2011. Kolokium ini bermula pada pukul 10 pagi bertempat di makmal pengurusan pengetahuan.

Berikut merupakan ahli jawatan kuasa yang bertanggungjawab pada kolokium kali ini.
Pengerusi majlis:              shamsiah
Unit dokumentasi:            ema
Unit makanan:                 shariff
Jurugambar:                    shamsiah
Pembentang:                    zulfadhlina dan shariff

Kolokium ini dimulakan dengan ucapan cik pengerusi, dengan mengalu-alukan kedatangan penyelia, dr shahizan dan puan lizawati serta semua yang hadir.  Tujuan kolokium ini telah diterangkan oleh shamsiah selaku pengerusi majlis. Antara tujuan kolokium ini diadakan adalah untuk bertukar pendapat antara satu sama lain. Selain itu, kolokium ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan bercakap dihadapan orang ramai. Kolokium ini juga penting bagi melatih para pelajar untuk menghadapi viva pada masa akan datang.





Perjumpaan ini diteruskan lagi dengan ucapan dari penyelia, dr shahizan dan puan lizawati dengan memberikan sedikit nasihat dan panduan kepada pelajar-pelajar. Kolokium ini diteruskan lagi dengan kata-kata daripada zulfadhlina selaku senior, bagi menceritakan pengalaman dan perkara yang perlu dihadapi dan dilakukan ketika semester pertama.



Pembentangan pertama telah dilakukan oleh shariff dengan tajuk: The Hybrid Parallel Computing For Simulating Nanoscale Temperature  Behaviour on Laser Glass Interaction (Perkomputeran Selari Hibrid untuk Simulasi Kelakuan Suhu  Berskala Nano bagi Interaksi Laser terhadap Kaca ). Komen  pembentangan diteruskan lagi oleh zulfadhlina dengan tajuk: The parallelization of artificial neural network for solving partial differential  equation on multicore platforms. telah diberikan oleh dr shahizan dan puan lizawati. Semua cadangan dan kritikan diharap dapat membantu para pelajar memperkemaskan lagi kajian mereka.



Bagi mengakhiri kolokium kali ini, pelajar-pelajar diberi peluang bagi mengajukan sebarang persoalan dan perkara berbangkit. Ucapan tahniah daripada kami semua kepada shamsiah, zulfadhlina dan shariff atas kejayaan mereka mendapat biasiswa nsf. Jangan lupa belanja kitorang! Majlis ini bersurai dengan sedikit jamuan makan tengah hari yang ditempah oleh ajk makanan.